Friday, January 21, 2011

Bicara Ilmu di Masjid Al Barokah Kg Cherang Cina.

        Ceramah oleh Ustaz Mahmud bin Mat: Hari jumaat yang mulia ini kami menghadirkan diri di masjid di Kampung Batu 14.  Di dalam majlis ini al ustaz menjelaskan terdapat para malaikat yang turut sama menghadiri majlis ilmu dan berada di antara hadirin yang datang.  Beliau juga menyatakan tanda stress di dalam majlis ilmu ialah kerap ke tandas.
        Beliau yang telah berada dalam bidang pendidikan menerangkan bagaimana meningkatkan ilmu;  menghadiri majlis ilmu.  Ukuran boleh dilihat dari segi emosi; 1) mudah marah: cara atasi ialah ambil air sembahyang, sembahyang atau tidur. 2) bercakap perkara yang tak berfaedah: dari Malik bin Dinar tanda oran yang bercakap perkara yang tak berfaedah i) hati yang keras ii) berat melakukan sembahyang iii) ekonomi yang sentiasa tak baik.  3) Berbelanja pada bukan tempatnya 4) suka bercakap keburukan orang lain 5) percaya kepada semua orang 6) tidak kenal siapa kawan siapa kawan.
        Jika terdapat sifat-sifat di atas maka wajib untuk seseorang itu menuntut ilmu.  Ilmu perlu difokuskan kepada ilmu Allah SWT.  Pada akhir zaman ini terdapat umat yang beriman pada waktu pagi dan kafir pada waktu petangnya pula kerana umat ini tidak suka pada ulama dan fukaha.  Dari Abu Dzar menjelaskan hidup bersandarkan ilmu lebih baik dari tidak ada ilmu apabila ada orang yang tidak mahu menuntut ilmu kerana takut dipersoal oleh Allah kerana tidak menggunakan ilmunya.  Ilmu adalah imam kepada amal, amal menunjukkan peribadi dan perbuatan.
         Di dalam kehidupan ambil lumrah pokok, lagi lama hidup maka lagi dalam akar tunjangnya.  Juga ilmu umpama akar pokok.  Semakin meningkat umur maka perlu makin banyak ilmunya.

Sekian, seperti yang fahami dari ceramah beliau.

No comments:

Post a Comment