Thursday, May 19, 2011

Perjalanan

Hari ini kami bermusafir ke Kg Batu 14 Marang Terengganu,  bertolak dari jam 9 hingga 12,30 sampai di Cameron Highland.  Bekerja sekejap di cc.  Sambung semula perjalan selepas makan tengah hari ke Gua Musang dan ke Hulu Terengganu melalui Felda Aring.  Doakan perjalanan kami selamat. 

Monday, May 16, 2011

Cuti rehat

Sesetengah syarikat hanya mementingkan keuntungan semata-mata termasuk syarikat di mana saya bekerja sekarang.  Anak isteri saya boleh berehat di rumah tetapi saya kena pula bekerja.   Rasanya taukey syarikat ni kaya sebab menekan pekerja.  Ada komplain dari pekerja yang telah lama berkhidmat pada jawatan lain tiada OT tetapi melaksanakan tugasan lebih masa.  Dan beliau bukan foreman tetapi bekerja sebagai foreman dan tidak dibayar dengan bayaran yang setimpal dan kadangkala tidak dibayar. Akibatnya produktiviti beliau merosot.  Ada juga pekerja yang suka menunjuk pandai tetapi kerap gagal dalam tugasan sehingga pernah tercedera semasa bekerja.  Juga produktiviti menurun, kerana kerap cuti.  Selalu juga taukeh mengambil kesempatan kepada pekerja yang tidak mengambil endah tentang gaji bulanan sehingga sanggup mencuri gaji pekerja. Keadaan kilang yang tidak selamat, punca yang boleh menyebabkan renjatan elektrik tidak di tutup, sambungan wayar yang tidak teratur, susun atur barang yang meghalang laluan keluar, sistem angin keluar yang kurang baik.  Taukeh ini dah patut kena tindakan dah ni.

Selamat pagi , sarapan hari ini bihun goreng yang dimasak oleh chef Mai.

Sunday, May 15, 2011

Hari rehat

Selamat hari guru,

Hari rehat ini sibuk masing-masing menyambut hari guru, hari ibu dan hari hujung minggu.  Pagi tadi isteri dan anak-anak ke PAPN dengan aktiviti masing-masing.  Gembira dapat hadiah juga ibu-ibu yang dapat hadiah masing-masing. Tahniah kerana berjaya membesarkan anak-anak dengan baik.  InsyaAllah anak akan ingat jasa ibu dan guru.

Pagi tadi jumpa dengan COO syarikat yang perpusat di Ipoh, bincang tentang perikanan.  Kesimpulan agak mengecewakan.  Perlu tindakan yang lebih berkesan dari semua pihak untuk menjayakan projek.  Masing-masing masing menuding jari ke arah lain.  Manusia.

Balik rumah terlelap hingga petang, pastu beli hadiah anak-anak untuk cikgu mereka.  Gembira masing-masing.  Kakak beli bunga untuk cikgu dan adik beli buku dan pen untuk cikgunya.  Semua idea masing-masing.  Masih samar-samar apa yang terlintas di benak masing-masing.  Tapi yang penting ikhlas.

Friday, May 13, 2011

Awal pagi

Sejak akhir-akhir ni tak boleh lelapkan mata setelah terjaga dari tidur.  Makanya oleh kerana hari pun masih gelap dan aktiviti amat terbatas, ke blog ni jugalah tempat melayan mata yang degil tak mahu tidur.  Sebab jika dah dekat waktu subuh kalau tidur balik akan berterusanlah hingga matahari terbit, maka menunggulah aku di depan monitor ini.
Rumah sekarang memang kurang berkesan melepashan hawa panas dari dalam rumah.  Hingga waktu pagi masih membahang lagi.  Kalau dibuka tingkap ramailah pulak serangga menghisap darah yang berterbangan masuk.  Tapi memang nyaman di luar sana.  Untuk kepada sesiapa yang ingin terapi fizikal amat sesuai dilakukan pada waktu ini.  Aku telah pun melihat hasilnya di Kedah.  Ada seorang pesakit strok, dari berjalan setapak demi setapak sehingga boleh berjalan dengan normal.  Sambil pakai baju T dan kain pelikat sahaja.
Rumah batu yang dibuat dari bata merah adalah lebih sejuk berbanding dengan batta putih.  Mungkin kandungan tanah liat di dalamnya berbanding pasir dalam bata putih.  Rumah aku di Kedah pun guna batu merah. Rumah keluarga aku di Sungkai pun guna bata merah.  Memang lebih sejuk.  Patut semua kontraktor guna bata yang sama, taklah menggelupur penghuni rumah pada malam hari tak selera nak tidur.
Lain pula kalau tetap panas pada waktu malam berbulan-bulan lamanya.  Ia bermaksud bila hujan turun ia akan turun mencurah-curah dan boleh menyebabkan banjir seperti yang pernah berlaku di Jitra Kedah.
Azan dah berbunyi menandakan waktu menulis diakhiri.

Thursday, May 12, 2011

Ke mana arah tuju?

Pagi ni aku tak boleh lena.  Dok kat ruang tamu sambil tengok semut-semut yang berselarakan di atas lantai.  Kurang bersih rupanya lantai rumah aku ni.  Sambil kuperhati ada seekor nyamuk yang telah menjadi mangsaku sekejap tadi kubiarkan sahaja di lantai tergolek tak bernyawa.  Semut jenis gila ni memang tak jalan lurus dan kutunggu berapa lama ia akan dapat mengesan bangkai nyamuk tersebut.  Dari seekor demi seekor yang berhampiran bangkai tersebut.  Akhirnya ada seekor yang berjaya mengesan makanannya.  Kusangkakan semut itu akan terus menggonggong makanannya tetapi tidak.  Ia terus berjalan lurus ke satu arah dalam garisan yang lurus? Dan kemudian dia kembali ke tempat makanannya itu.  Memang tak kusangka sudah ada semut lain yang berada di situ.  Apabila ia sudah mendapatkan makanannya itu kujangkakan ia akan menggunakan garisan lurus itu semula tetapi jangkaan yang meleset kerana ia bergerak ke arah yang lain pula.  Apa sudah jadi?  Rupa-rupanya ia pergi ke arah tempat yang paling selamat bagi menyembunyikan makanannya sebelum di bawa pulang ke sarang.
Apa pula matlamat kita sebagai manusia?  Adakah kita harus menyimpang dari matlamat kita untuk sampai ke destinasi atau kita perlu mengkaji ruang sekitar dan bertindak sebaik-baiknya untuk mencapai matlamat yang kita mahukan.  Ruang yang agak besar sukar untuk mengkaji dan merancang dan memerlukan masa.  Dan apabila masa itu sesuai....  BERTINDAK!!!!!

Monday, May 9, 2011

Sihat

Seharusnya pada hari ahad ialah hari untuk berehat, tetapi ujian dari Allah SWT ditimpanya diri ini dengan demam panas.  Seharian terbaring di ruang tamu.  Nak baring di dalam bilik tidur lagi panas.  Tapi perlu berselimut kerana terasa sejuk.  AlhamdulilLah kerana isteri tersayang sudi menjaga sehingga sihat.  Masih terasa lemah pada pagi isnin, tetapi kugagahi juga untuk bekerja.  Badan yang lemah ini memang tak sesuai dimanja.  Keras sedikit dengan bantuan dua butir paracetamol dan sebelum tengah hari sudah berasa sihat.
Inilah nikmat sihat yang telah diberikan oleh tuhan kepadaku.  Bersyukur aku terhadapNya.

Saturday, May 7, 2011

Ibu... engkau lah ratu hatiku

Bagai bumi ini yang sentiasa seimbang dan kadang kala amarannya amat memberi erti kepada hati ini. Hanya yang berhati batu sahaja yang tak pernah mengerti.  Hatinya dah hitam sehitam dasar lautan di lurah yang paling dalam.  Perlu bertindak mengikut akal dan bukannya kepentingan peribadi.

Friday, May 6, 2011

Kembali

Pagi tadi tidur lewat hampir jam 1 pagi, tidur sampai pagi.  pagi  tadi dapat message dari bapak bahawa mbah Salleh telah kembali ke RahmatulLah.  Pagi tadi terus menziarahi Allahyarham, sampai telah sampai waktu sembahyang jenazah, diimami anak Allahyarham.  Menghantar Allahyarham hingga ke kubur.

Ramai yang hadir pada hari ini, dari Kg Sg Tiang, dari Kg Sg Pergam, bapak dan emak datang dari Gunung Besout, Mbah Japar dari Trolak.

Terlintas dalam fikiran, bila mati kelak akan ada ke yang akan menyembahyangkan diri ini? Insaf rasanya...

Thursday, May 5, 2011

Rutin harian

Bangun awal pagi, mandi (berebut dengan anak dara dua orang tu), solat, sarapan (kadang kala skip), hantar anak-anak ke sekolah, (ganti sarapan), mula kerja, rehat ambil adik, makan tengah hari, sambung kerja, rehat ambil kakak dan solat, sambung kerja, habis kerja jam 5.30 petang, balik rumah dan jumpa isteri dan anak-anak tersayang, solat dan makan malam, solat, ajar anak-anak mengaji, melayan televesyen dan blogging, solat dan tidur.
Suatu hari ia akan berubah lagi.

Wednesday, May 4, 2011

Terima kasih

Setelah sekian lama,
  Aku amat berterima kasih kepada rakan karibku yang sentiasa ingat kepadaku.  Walaupun masa depan masih tiada kelihatan di depan mata tetapi ingatan rakan-rakan tetap berada di hati.  Masih bertanya khabar berita, malah membantu sedikit sebanyak.
  Aku paling berterima kasih kepada isteriku yang tercinta kerana tetap memberi sokongan kepadaku walau di mana perjuanganku.  Syukur kepada tuhan yang telah menetapkan qada' dan qadarNya.  Semoga aku tidak tersesat semasa ujianNya ini.  Amin.

Letih

Kerja harian menyebabkan keletihan. Walaubagaimanapun, demi keluarga kugagahi jua.  Semalam, bos tetapkan aku ke pos yag baru.  Walau tak letih berjalan dari satu mesin ke mesin yang lain, tetapi keletihan boleh menyebabkan kemalangan.  Rakan sekerja kerap berpesan agar berhati-hati bertugas di mesin itu kerana ada pengalaman putus jari di mesin itu.  Walau apa pun ku berdoa agar tiada malapetaka berlaku, amin.