Pagi ni aku tak boleh lena. Dok kat ruang tamu sambil tengok semut-semut yang berselarakan di atas lantai. Kurang bersih rupanya lantai rumah aku ni. Sambil kuperhati ada seekor nyamuk yang telah menjadi mangsaku sekejap tadi kubiarkan sahaja di lantai tergolek tak bernyawa. Semut jenis gila ni memang tak jalan lurus dan kutunggu berapa lama ia akan dapat mengesan bangkai nyamuk tersebut. Dari seekor demi seekor yang berhampiran bangkai tersebut. Akhirnya ada seekor yang berjaya mengesan makanannya. Kusangkakan semut itu akan terus menggonggong makanannya tetapi tidak. Ia terus berjalan lurus ke satu arah dalam garisan yang lurus? Dan kemudian dia kembali ke tempat makanannya itu. Memang tak kusangka sudah ada semut lain yang berada di situ. Apabila ia sudah mendapatkan makanannya itu kujangkakan ia akan menggunakan garisan lurus itu semula tetapi jangkaan yang meleset kerana ia bergerak ke arah yang lain pula. Apa sudah jadi? Rupa-rupanya ia pergi ke arah tempat yang paling selamat bagi menyembunyikan makanannya sebelum di bawa pulang ke sarang.
Apa pula matlamat kita sebagai manusia? Adakah kita harus menyimpang dari matlamat kita untuk sampai ke destinasi atau kita perlu mengkaji ruang sekitar dan bertindak sebaik-baiknya untuk mencapai matlamat yang kita mahukan. Ruang yang agak besar sukar untuk mengkaji dan merancang dan memerlukan masa. Dan apabila masa itu sesuai.... BERTINDAK!!!!!
No comments:
Post a Comment