Pada minggu terakhir setiap bulan ada aktiviti yang dijalankan di sekolah. Memang meriah. Minggu lepas Afifah masuk pertandingan pakaian beragam, dapat sagu hati. Amat baik sekali untuk memberi pendedahan kepada anak-anak tentang pengalaman baru. Sekurang-kurangnya dia belajar berhadapan dengan orang ramai. Masih ada perasaan malu lagi. Tetapi kalau tak disuruh buat bukan main lagi dia. Afifah.
Kakak pula masuk pertandingan merwarna, lepas kena marah ibunya kerana tak mahu keluar dari kereta. Dapat sagu hati sahaja. Warna ikut hati yang panas kut? Walau apapun, terima kasih kepada penaja hadiah, Caely Holdings Bhd. Ramai anak-anak dapat hadiah pada hari itu, termasuk guru-guru dan PIBG. Semua gembira termasuk yang berpeluh-peluh berkawat di padang sekolah.
No comments:
Post a Comment