Hidup ini kadang kala di atas kadang kala di bawah. Walaubagaimana pun ia perlu diteruskan jua. Pada mulanya bekerja sebagai pembantu pelajar, kepada pembantu penyelidik, pembantu projek, kembali kepada pembantu penyelidik, penolong pengurus, pengurus, turun kepada penolong eksekutif, dan hari ini bekerja sebagai pekerja sementara. Ia tetap pekerjaan walaupun berada di bawah. Aku tetap bersyukur kerana tuhan telah menunjukkan aku ramai jenis manusia dan menjadikan aku manusia yang tabah.
Kerja sekarang, memang jelas sekali kekurangan yang ada pada pegurusan. Belum masanya aku menegur bos aku yang kurang disenangi kerana mencampuradukkan kerja dengan hal peribadi. Rakan sekerja yang tidak mengetahui latar belakangku yang tidak pernah keluar dari kepompong kehidupan di Teluk Intan ini bercerita segala keburukan bos mereka, walaupun ia mungkin hanya satu per sepuluh yang pernah aku alami sebelum ini. Hanya perlu tunggu perjumpaan dengan pekerja oleh bos. Kalau ada. Atau aku berubah ke pekerjaan yang lain.
teringin juga aku membuka perusahaanku sendiri tetapi kewangan masih menjadi kekangan pada masa sekarang ini.
chaiyok, abang!! (,")
ReplyDeleteTak rasa nak balik perak ke? Kat perbadanan negeri ada kerja untuk Com Sc graduate.
ReplyDelete