Saturday, May 2, 2015

Masa terluang

Semenjak dua menjak ni banyak masa terluang baik petang dan juga malam. Maka kuusahakan program affiliate untuk mengisi masa masa yang ada. Sedikit sebanyak kot kot ada rezeki. Sapa tahu.

Thursday, April 30, 2015

Usaha dengan blog

Banyak kali kucuba dapatkan pendapatan dari internet ni. Dulu telco nampak senyap saja. Kali ni affiliate pulak, kalau ada rezeki adala kalau tak ada nak buat macam mana. Apa pun rezeki bukan datang depan mata tanpa usaha. Mungkin apa yang kita usahakan tidak pendatangkan hasil tetapi ia datang dari sudut lain pula. In sya Allah berkat usaha dan doa. Berserah diri kepadaNya kerana rezeki datangnya dari Dia yang mencipta dan memberi.

Monday, April 20, 2015

april 2015

Terasa perit dengan harga barang naik, kena gst lagi, pendatan taska masih terumbang ambing. Syarikat dah tak berapa jalan. Kali ni nekad kerja malam. Siang usaha taska. Sambil kerja tambahan lagi kat sini http://jobdirumah.net/dap/a/?a=1372 . usaha tahun ini. Diharap mengubah hidup kepada lebih baik. Kalau sapa nak join link di atas tanggung risiko sendiri.
Ya, menaip di pukul 3 pagi. Macam ni la jadinya.

Wednesday, October 9, 2013

Takrif miskin

TAKRIF MISKIN
" Seseorang yang ada memiliki harta benda atau berkuasa berusaha dan bekerja tetapi pendapatan yang diperolehi tidak mencukupi keperluan hidupnya dan keluarganya yang patut pada adat, misalnya seseorang yang mempunyai tanggungan lima orang anak yang mencukupi sara hidup harian mereka sebanyak RM 6.00 (makan dan minum orang yang sederhana) ini bererti sebulan ia memerlukan belanja sebanyak RM 180.00, sedangkan sara hidup yang diperolehi tidak mencukupi keperluannya 100%,
                                             

Berapa pula belanja sekarang?


Tuesday, September 10, 2013

Thursday, March 29, 2012


Terjemahan hadith

Diriwayatkan daripada Umar r.a. katanya, " Pada suatu hari, ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w., tiba-tiba datang seorang lelaki yang sangat putih pakaiannya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya kesan perjalanan jauh, dan tiada seorang pun daripada kami yang mengenalinya, akhirnya dia duduk di hadapan Nabi s.a.w., lalu dia melagakan kedua-dua lututnya pada lutut Nabi s.a.w. dan meletakkan kedua-dua tapak tangannya di atas pahanya, kemudian bertanya, Wahai Muhammad! Beritahu kepadaku tentang Islam." Rasulullah s.a.w. menjawab, "Islam itu ialah; hendaklah engkau bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah, dan hendaklah engkau mendirikan solat, dan hendaklah engkau menunaikan zakat, dan hendaklah engkau berpuasa pada bulan Ramadhan, dan hendaklah engkau mengerjakan haji di Baitullah, sekiranya engkau berupaya pergi untuk melaksanakannya." Lelaki itu berkata, "Benar tuan!" Kami semua berasa hairan, dia bertanya, kemudian dia pula yang membenarkannya. Lelaki itu bertanya lagi, "Beritahu kepadaku tentang iman." Rasulullah s.a.w. menjawab, "Iman itu ialah hendaklah engkau beriman kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan Hari Akhirat, dan hendaklah engkau beriman kepada takdir, baik dan jahat semuanya dari Allah." Lelaki itu berkata, "Benar tuan!" Dia bertanya lagi,"Beritahulah kepadaku tentang ihsa." Rasulullah s.a.w. bersabda, "Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya.  Jika engkau tidak boleh melihat-Nya, maka sesungguhnya Allah melihat engkau." Lelaki itu bertanya lagi, "Beritahu kepadaku tentang Hari Akhirat!" Rasulullah s.a.w. menjawab, "Orang yang ditanya kiamat itu tidak lebih mengetahui dari pada orang yang bertanya.” Lelaki itu bertanya lagi, “Beritahulah kepadaku tentang tanda-tandanya.” Sabda Rasulullah s.a.w. , “Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya, dan apabila engkau melihat orang yang sebelumnya tidak berkasut, hidup bogel, papa kedana, mengembala kambing, kini bermegah-megah dengan mendirikan bangunan tinggi.” Lelaki itu pun kemudian pergi.  Aku terdiam agak lama. Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya, “Wahai Umar tahukah engkau siapakah orang yang bertanya itu?” Aku menjawab, “Allah dan Rasul-Nya jua lebih mengetahui.” Sabda Rasulullah s.a.w., “Sesungguhnya itulah Jibril, dia dating kepada kamu untuk mengajar agama kepada kamu.”

Riwayat Muslim.

Monday, February 20, 2012

Hari ini aku teringat kepada kerja lamaku, dan aku log in di blog ternakan tilapia aku.  ada tajuk yang tertinggal.  kalau nak buat kena bukak buku semula.  InyaAllah akan siap minggu depan.

Hari ini buat kerja rutin,  banyak yang tertinggal sebab projek minggu lepas... esok tunggu barang sampai.