Friday, April 29, 2011

Hari Ko-K sekolah anak-anak

Pada minggu terakhir setiap bulan ada aktiviti yang dijalankan di sekolah. Memang meriah. Minggu lepas Afifah masuk pertandingan pakaian beragam, dapat sagu hati.  Amat baik sekali untuk memberi pendedahan kepada anak-anak tentang pengalaman baru.  Sekurang-kurangnya dia belajar berhadapan dengan orang ramai.  Masih ada perasaan malu lagi.  Tetapi kalau tak disuruh buat bukan main lagi dia. Afifah.
Kakak pula masuk pertandingan merwarna, lepas kena marah ibunya kerana tak mahu keluar dari kereta.  Dapat sagu hati sahaja.  Warna ikut hati yang panas kut?   Walau apapun, terima kasih kepada penaja hadiah, Caely Holdings Bhd. Ramai anak-anak dapat hadiah pada hari itu, termasuk guru-guru dan PIBG.  Semua gembira termasuk yang berpeluh-peluh berkawat di padang sekolah.

Monday, April 11, 2011

Kerja sementara?

Hidup ini kadang kala di atas kadang kala di bawah. Walaubagaimana pun ia perlu diteruskan jua. Pada mulanya bekerja sebagai pembantu pelajar, kepada pembantu penyelidik, pembantu projek, kembali kepada pembantu penyelidik, penolong pengurus, pengurus, turun kepada penolong eksekutif, dan hari ini bekerja sebagai pekerja sementara.  Ia tetap pekerjaan walaupun berada di bawah.  Aku tetap bersyukur kerana tuhan telah menunjukkan aku ramai jenis manusia dan menjadikan aku manusia yang tabah.
Kerja sekarang, memang jelas sekali kekurangan yang ada pada pegurusan.  Belum masanya aku menegur bos aku yang kurang disenangi kerana mencampuradukkan kerja dengan hal peribadi.  Rakan sekerja yang tidak mengetahui latar belakangku yang tidak pernah keluar dari kepompong kehidupan di Teluk Intan ini bercerita segala keburukan bos mereka, walaupun ia mungkin hanya satu per sepuluh yang pernah aku alami sebelum ini.  Hanya perlu tunggu perjumpaan dengan pekerja oleh bos.  Kalau ada. Atau aku berubah ke pekerjaan yang lain.
teringin juga aku membuka perusahaanku sendiri tetapi kewangan masih menjadi kekangan pada masa sekarang ini.