Sunday, October 9, 2011

Tercari-cari

Masih tercari-cari kerja yang sesuai dengan diri..  aku ada 3 tahun lagi.

Sunday, June 26, 2011

masih berusaha...

Hari ini hari baru,
Bergerak ke depan dengan agak perlahan, mungkin terlalu sentimental.  Harap bila ada aktiviti aku akan bergerak pada kadar yang terbaik.

Friday, June 24, 2011

hari yang kurang

hari ini adalah hari rehat, tetapi tiap hari aku dah berehat, maka petang ini perlu berusaha mencari aktiviti yang baru.  apa-apa sahaja yang terlintas di mata.

Wednesday, June 22, 2011

ke mana perginya mereka?

Isteriku berada di tempat kerja beliau.  Anak-anakku berada di sekolah menuntut ilmu.  Aku?  ke mana perginya manusia yang berusaha di dalam bidang yang aku ceburi?  mungkinkah aku yang perlu mengembangkannya di tanah Teluk Intan ini?  cabaran.....  kusahut.  Perlu berusaha dengan lebih giat lagi.

Tuesday, June 21, 2011

welcome

Hari ini lap top sudah baik seperti sebelumnya. Perlu berusaha lagi untuk buka perniagaan sendiri. Petang ni pergi cari sponsor kat bandar. Harap berjaya.

Monday, June 20, 2011

usaha lagi

Hari ini masih lagi aku beruasaha untuk mendapatkan projek dari syarikat yang bertapak di Ipoh.  Kalau ada rezeki dapat...  setelah hampir sebulan buat kertas kerja. mungkin juga aku akan guna kertas kerja ini untuk syarikat lain di mana yang mampu dan sanggup membelanjakan wang banyak.  rumah aku hari ini sudah kemas dan bila balik rumah sudah masti untuk berehat.

Thursday, June 9, 2011

Kelmarin, semalam dan hari ini.

Kelmarin pindah rumah.
Terima kasih Nadiah, Emak dan Bapak.
Semalam cari kerja Nadia.
Pusing satu pekan Teluk Intan, dan sekarang terpulang kat Nadiah pilih kerja.
Hari ini layan internet.

Kemas rumah tak siap lagi.

Sunday, June 5, 2011

Perjalanan yang ditentukan

Setelah hampir sebulan menyepikan diri, dari membantu keluarga untuk majlis menyambut menantu sehingga selesai dan perlu pula kembali ke Teluk Intan untuk proses pindah rumah ke rumah baru.  Masa berlalu terlalu pantas.  Ingin rasanya berehat, tetapi kasihan isteri tersayang yang telah berpenat lelah turut membantu dan hari ini beliau kembali bekerja.  Terima kasih kepada isteriku tercinta dan adik beradikku yang berusaha bertungkus lumus menjayakan majlis yang diuruskan Ayahanda dan Bonda tercinta.

Thursday, May 19, 2011

Perjalanan

Hari ini kami bermusafir ke Kg Batu 14 Marang Terengganu,  bertolak dari jam 9 hingga 12,30 sampai di Cameron Highland.  Bekerja sekejap di cc.  Sambung semula perjalan selepas makan tengah hari ke Gua Musang dan ke Hulu Terengganu melalui Felda Aring.  Doakan perjalanan kami selamat. 

Monday, May 16, 2011

Cuti rehat

Sesetengah syarikat hanya mementingkan keuntungan semata-mata termasuk syarikat di mana saya bekerja sekarang.  Anak isteri saya boleh berehat di rumah tetapi saya kena pula bekerja.   Rasanya taukey syarikat ni kaya sebab menekan pekerja.  Ada komplain dari pekerja yang telah lama berkhidmat pada jawatan lain tiada OT tetapi melaksanakan tugasan lebih masa.  Dan beliau bukan foreman tetapi bekerja sebagai foreman dan tidak dibayar dengan bayaran yang setimpal dan kadangkala tidak dibayar. Akibatnya produktiviti beliau merosot.  Ada juga pekerja yang suka menunjuk pandai tetapi kerap gagal dalam tugasan sehingga pernah tercedera semasa bekerja.  Juga produktiviti menurun, kerana kerap cuti.  Selalu juga taukeh mengambil kesempatan kepada pekerja yang tidak mengambil endah tentang gaji bulanan sehingga sanggup mencuri gaji pekerja. Keadaan kilang yang tidak selamat, punca yang boleh menyebabkan renjatan elektrik tidak di tutup, sambungan wayar yang tidak teratur, susun atur barang yang meghalang laluan keluar, sistem angin keluar yang kurang baik.  Taukeh ini dah patut kena tindakan dah ni.

Selamat pagi , sarapan hari ini bihun goreng yang dimasak oleh chef Mai.

Sunday, May 15, 2011

Hari rehat

Selamat hari guru,

Hari rehat ini sibuk masing-masing menyambut hari guru, hari ibu dan hari hujung minggu.  Pagi tadi isteri dan anak-anak ke PAPN dengan aktiviti masing-masing.  Gembira dapat hadiah juga ibu-ibu yang dapat hadiah masing-masing. Tahniah kerana berjaya membesarkan anak-anak dengan baik.  InsyaAllah anak akan ingat jasa ibu dan guru.

Pagi tadi jumpa dengan COO syarikat yang perpusat di Ipoh, bincang tentang perikanan.  Kesimpulan agak mengecewakan.  Perlu tindakan yang lebih berkesan dari semua pihak untuk menjayakan projek.  Masing-masing masing menuding jari ke arah lain.  Manusia.

Balik rumah terlelap hingga petang, pastu beli hadiah anak-anak untuk cikgu mereka.  Gembira masing-masing.  Kakak beli bunga untuk cikgu dan adik beli buku dan pen untuk cikgunya.  Semua idea masing-masing.  Masih samar-samar apa yang terlintas di benak masing-masing.  Tapi yang penting ikhlas.

Friday, May 13, 2011

Awal pagi

Sejak akhir-akhir ni tak boleh lelapkan mata setelah terjaga dari tidur.  Makanya oleh kerana hari pun masih gelap dan aktiviti amat terbatas, ke blog ni jugalah tempat melayan mata yang degil tak mahu tidur.  Sebab jika dah dekat waktu subuh kalau tidur balik akan berterusanlah hingga matahari terbit, maka menunggulah aku di depan monitor ini.
Rumah sekarang memang kurang berkesan melepashan hawa panas dari dalam rumah.  Hingga waktu pagi masih membahang lagi.  Kalau dibuka tingkap ramailah pulak serangga menghisap darah yang berterbangan masuk.  Tapi memang nyaman di luar sana.  Untuk kepada sesiapa yang ingin terapi fizikal amat sesuai dilakukan pada waktu ini.  Aku telah pun melihat hasilnya di Kedah.  Ada seorang pesakit strok, dari berjalan setapak demi setapak sehingga boleh berjalan dengan normal.  Sambil pakai baju T dan kain pelikat sahaja.
Rumah batu yang dibuat dari bata merah adalah lebih sejuk berbanding dengan batta putih.  Mungkin kandungan tanah liat di dalamnya berbanding pasir dalam bata putih.  Rumah aku di Kedah pun guna batu merah. Rumah keluarga aku di Sungkai pun guna bata merah.  Memang lebih sejuk.  Patut semua kontraktor guna bata yang sama, taklah menggelupur penghuni rumah pada malam hari tak selera nak tidur.
Lain pula kalau tetap panas pada waktu malam berbulan-bulan lamanya.  Ia bermaksud bila hujan turun ia akan turun mencurah-curah dan boleh menyebabkan banjir seperti yang pernah berlaku di Jitra Kedah.
Azan dah berbunyi menandakan waktu menulis diakhiri.

Thursday, May 12, 2011

Ke mana arah tuju?

Pagi ni aku tak boleh lena.  Dok kat ruang tamu sambil tengok semut-semut yang berselarakan di atas lantai.  Kurang bersih rupanya lantai rumah aku ni.  Sambil kuperhati ada seekor nyamuk yang telah menjadi mangsaku sekejap tadi kubiarkan sahaja di lantai tergolek tak bernyawa.  Semut jenis gila ni memang tak jalan lurus dan kutunggu berapa lama ia akan dapat mengesan bangkai nyamuk tersebut.  Dari seekor demi seekor yang berhampiran bangkai tersebut.  Akhirnya ada seekor yang berjaya mengesan makanannya.  Kusangkakan semut itu akan terus menggonggong makanannya tetapi tidak.  Ia terus berjalan lurus ke satu arah dalam garisan yang lurus? Dan kemudian dia kembali ke tempat makanannya itu.  Memang tak kusangka sudah ada semut lain yang berada di situ.  Apabila ia sudah mendapatkan makanannya itu kujangkakan ia akan menggunakan garisan lurus itu semula tetapi jangkaan yang meleset kerana ia bergerak ke arah yang lain pula.  Apa sudah jadi?  Rupa-rupanya ia pergi ke arah tempat yang paling selamat bagi menyembunyikan makanannya sebelum di bawa pulang ke sarang.
Apa pula matlamat kita sebagai manusia?  Adakah kita harus menyimpang dari matlamat kita untuk sampai ke destinasi atau kita perlu mengkaji ruang sekitar dan bertindak sebaik-baiknya untuk mencapai matlamat yang kita mahukan.  Ruang yang agak besar sukar untuk mengkaji dan merancang dan memerlukan masa.  Dan apabila masa itu sesuai....  BERTINDAK!!!!!

Monday, May 9, 2011

Sihat

Seharusnya pada hari ahad ialah hari untuk berehat, tetapi ujian dari Allah SWT ditimpanya diri ini dengan demam panas.  Seharian terbaring di ruang tamu.  Nak baring di dalam bilik tidur lagi panas.  Tapi perlu berselimut kerana terasa sejuk.  AlhamdulilLah kerana isteri tersayang sudi menjaga sehingga sihat.  Masih terasa lemah pada pagi isnin, tetapi kugagahi juga untuk bekerja.  Badan yang lemah ini memang tak sesuai dimanja.  Keras sedikit dengan bantuan dua butir paracetamol dan sebelum tengah hari sudah berasa sihat.
Inilah nikmat sihat yang telah diberikan oleh tuhan kepadaku.  Bersyukur aku terhadapNya.

Saturday, May 7, 2011

Ibu... engkau lah ratu hatiku

Bagai bumi ini yang sentiasa seimbang dan kadang kala amarannya amat memberi erti kepada hati ini. Hanya yang berhati batu sahaja yang tak pernah mengerti.  Hatinya dah hitam sehitam dasar lautan di lurah yang paling dalam.  Perlu bertindak mengikut akal dan bukannya kepentingan peribadi.

Friday, May 6, 2011

Kembali

Pagi tadi tidur lewat hampir jam 1 pagi, tidur sampai pagi.  pagi  tadi dapat message dari bapak bahawa mbah Salleh telah kembali ke RahmatulLah.  Pagi tadi terus menziarahi Allahyarham, sampai telah sampai waktu sembahyang jenazah, diimami anak Allahyarham.  Menghantar Allahyarham hingga ke kubur.

Ramai yang hadir pada hari ini, dari Kg Sg Tiang, dari Kg Sg Pergam, bapak dan emak datang dari Gunung Besout, Mbah Japar dari Trolak.

Terlintas dalam fikiran, bila mati kelak akan ada ke yang akan menyembahyangkan diri ini? Insaf rasanya...

Thursday, May 5, 2011

Rutin harian

Bangun awal pagi, mandi (berebut dengan anak dara dua orang tu), solat, sarapan (kadang kala skip), hantar anak-anak ke sekolah, (ganti sarapan), mula kerja, rehat ambil adik, makan tengah hari, sambung kerja, rehat ambil kakak dan solat, sambung kerja, habis kerja jam 5.30 petang, balik rumah dan jumpa isteri dan anak-anak tersayang, solat dan makan malam, solat, ajar anak-anak mengaji, melayan televesyen dan blogging, solat dan tidur.
Suatu hari ia akan berubah lagi.

Wednesday, May 4, 2011

Terima kasih

Setelah sekian lama,
  Aku amat berterima kasih kepada rakan karibku yang sentiasa ingat kepadaku.  Walaupun masa depan masih tiada kelihatan di depan mata tetapi ingatan rakan-rakan tetap berada di hati.  Masih bertanya khabar berita, malah membantu sedikit sebanyak.
  Aku paling berterima kasih kepada isteriku yang tercinta kerana tetap memberi sokongan kepadaku walau di mana perjuanganku.  Syukur kepada tuhan yang telah menetapkan qada' dan qadarNya.  Semoga aku tidak tersesat semasa ujianNya ini.  Amin.

Letih

Kerja harian menyebabkan keletihan. Walaubagaimanapun, demi keluarga kugagahi jua.  Semalam, bos tetapkan aku ke pos yag baru.  Walau tak letih berjalan dari satu mesin ke mesin yang lain, tetapi keletihan boleh menyebabkan kemalangan.  Rakan sekerja kerap berpesan agar berhati-hati bertugas di mesin itu kerana ada pengalaman putus jari di mesin itu.  Walau apa pun ku berdoa agar tiada malapetaka berlaku, amin.

Friday, April 29, 2011

Hari Ko-K sekolah anak-anak

Pada minggu terakhir setiap bulan ada aktiviti yang dijalankan di sekolah. Memang meriah. Minggu lepas Afifah masuk pertandingan pakaian beragam, dapat sagu hati.  Amat baik sekali untuk memberi pendedahan kepada anak-anak tentang pengalaman baru.  Sekurang-kurangnya dia belajar berhadapan dengan orang ramai.  Masih ada perasaan malu lagi.  Tetapi kalau tak disuruh buat bukan main lagi dia. Afifah.
Kakak pula masuk pertandingan merwarna, lepas kena marah ibunya kerana tak mahu keluar dari kereta.  Dapat sagu hati sahaja.  Warna ikut hati yang panas kut?   Walau apapun, terima kasih kepada penaja hadiah, Caely Holdings Bhd. Ramai anak-anak dapat hadiah pada hari itu, termasuk guru-guru dan PIBG.  Semua gembira termasuk yang berpeluh-peluh berkawat di padang sekolah.

Monday, April 11, 2011

Kerja sementara?

Hidup ini kadang kala di atas kadang kala di bawah. Walaubagaimana pun ia perlu diteruskan jua. Pada mulanya bekerja sebagai pembantu pelajar, kepada pembantu penyelidik, pembantu projek, kembali kepada pembantu penyelidik, penolong pengurus, pengurus, turun kepada penolong eksekutif, dan hari ini bekerja sebagai pekerja sementara.  Ia tetap pekerjaan walaupun berada di bawah.  Aku tetap bersyukur kerana tuhan telah menunjukkan aku ramai jenis manusia dan menjadikan aku manusia yang tabah.
Kerja sekarang, memang jelas sekali kekurangan yang ada pada pegurusan.  Belum masanya aku menegur bos aku yang kurang disenangi kerana mencampuradukkan kerja dengan hal peribadi.  Rakan sekerja yang tidak mengetahui latar belakangku yang tidak pernah keluar dari kepompong kehidupan di Teluk Intan ini bercerita segala keburukan bos mereka, walaupun ia mungkin hanya satu per sepuluh yang pernah aku alami sebelum ini.  Hanya perlu tunggu perjumpaan dengan pekerja oleh bos.  Kalau ada. Atau aku berubah ke pekerjaan yang lain.
teringin juga aku membuka perusahaanku sendiri tetapi kewangan masih menjadi kekangan pada masa sekarang ini.

Tuesday, March 22, 2011

Early middle age crisis

Here I am, sitting on this chair waiting for the moment of the phone ringing and informing about interview.  It feel like forever.  But any way, it is life.  One day you are on top and one day you are at the bottom.  I take it as a test from the Al mighty.  Thank you Allah, that I am, your humble servant didn't slip far from the path.

Sunday, March 6, 2011

Mohon kerja

Ada tiga tempat aku mohon kerja semuanya melalui internet, satu telah pun menjalankan temuduga tinggal dua lagi.  Kerja penting untuk menyara keluarga, maka keluarga tetap penting.  Aku telah faham sekarang dan tidak boleh mementingkan diri sendiri dalam apa jua termasuk pekerjaan.  Jika dapat membantu walau sedikit dalam keluarga sudah memadai lebih-lebih lagi jika kedua-dua ayah dan ibu bekerja.  Aku tidak akan memilih kerja yang aku minati tetapi juga kepentingan keluarga juga perlu diutamakan.  Menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah adalah penting lebih-lebih lagi apabila isteri tidak dapat melaksanakannya kerana tugas.  Jadinya kerja yang seperti penyelia juga memadai untuk perlaksanaan ini.
Ya, keluarga lebih penting dari kerja.

Wednesday, March 2, 2011

Penyatuan semula .. keluarga tercinta dan Teluk Intan

AlhamduliLlah,
Seperti yang dirancangkan, ia berjalan dengan baik dengan kehendakNya jua.  Minggu ini saya telah berada di Teluk Intan bersama keluarga tercinta.  Isteriku sedang bekerja di PAPN Teluk Intan, anak-anakku bersekolah berhampiran di tempat isteriku bekerja dan aku sedang mencari kerja yang sesuai dengan keadaan sekarang.  Mungkin aku terlalu strategis, aku perlu lebih banyak maklumat tentang Teluk Intan yang telah 22 tahun aku tinggalkan.  Pembangunan Teluk Intan berlainan sekali dari dua dekad yang lepas.  Sekolah yang pernah aku diami seperti jauh terperosok di celah-celah bangunan-bangunan yang gah.  Aku ter'culture shock' apabila aku mengelilingi bandar ini (dua puluh tahun lepas hanya dikenali sebagai pekan).  Adakah aku perlu redah atau berstrategi? Aku perlu leboh maklumat lagi.  Teluk Intan, here we go!!!!!! I'm coming.....

Tuesday, February 8, 2011

Persiapan untuk berpindah

Hari ini, telah selesai beberapa perkara tentang perpindahan keluargaku ke Teluk Intan Perak, sekolah anak-anak, cuma bersiap, pindah dan cari kerja baru di sana.  Ada jugaku minta kerja di Mambang Di Awan.  Jika berjaya maka Syukur kepada Allah.  Jika tidak berjaya, mesti ada hikmah di sebaliknya.
Terima kasih kepada ahli keluarga yang banyak membantu.  Tuhan sahaja dapat membalas budi semua orang.
Ya Allah, permudahkanlah.... 

Saturday, February 5, 2011

Rezeki dari Ilahi

Isteri kesayanganku telah mendapat khabar gembira di mana beliau telah mendapat pekerjaan tetap di Teluk Intan, Perak.  Kami telah sepakat akan tetap berpindah ke situ cuma beliau akan mendahului.  Ya Allah, permudahkanlah.

Friday, January 21, 2011

Bicara Ilmu di Masjid Al Barokah Kg Cherang Cina.

        Ceramah oleh Ustaz Mahmud bin Mat: Hari jumaat yang mulia ini kami menghadirkan diri di masjid di Kampung Batu 14.  Di dalam majlis ini al ustaz menjelaskan terdapat para malaikat yang turut sama menghadiri majlis ilmu dan berada di antara hadirin yang datang.  Beliau juga menyatakan tanda stress di dalam majlis ilmu ialah kerap ke tandas.
        Beliau yang telah berada dalam bidang pendidikan menerangkan bagaimana meningkatkan ilmu;  menghadiri majlis ilmu.  Ukuran boleh dilihat dari segi emosi; 1) mudah marah: cara atasi ialah ambil air sembahyang, sembahyang atau tidur. 2) bercakap perkara yang tak berfaedah: dari Malik bin Dinar tanda oran yang bercakap perkara yang tak berfaedah i) hati yang keras ii) berat melakukan sembahyang iii) ekonomi yang sentiasa tak baik.  3) Berbelanja pada bukan tempatnya 4) suka bercakap keburukan orang lain 5) percaya kepada semua orang 6) tidak kenal siapa kawan siapa kawan.
        Jika terdapat sifat-sifat di atas maka wajib untuk seseorang itu menuntut ilmu.  Ilmu perlu difokuskan kepada ilmu Allah SWT.  Pada akhir zaman ini terdapat umat yang beriman pada waktu pagi dan kafir pada waktu petangnya pula kerana umat ini tidak suka pada ulama dan fukaha.  Dari Abu Dzar menjelaskan hidup bersandarkan ilmu lebih baik dari tidak ada ilmu apabila ada orang yang tidak mahu menuntut ilmu kerana takut dipersoal oleh Allah kerana tidak menggunakan ilmunya.  Ilmu adalah imam kepada amal, amal menunjukkan peribadi dan perbuatan.
         Di dalam kehidupan ambil lumrah pokok, lagi lama hidup maka lagi dalam akar tunjangnya.  Juga ilmu umpama akar pokok.  Semakin meningkat umur maka perlu makin banyak ilmunya.

Sekian, seperti yang fahami dari ceramah beliau.

Saturday, January 15, 2011

unpacking

Hari ini isteri kesayangan saya buka semua kotak yang berisi pakaian.  Bertimbun tengah ruang tamu.  Kerja untuk malam ini.  Siang hari tadi pasang piring astro.  Nasib baik cuaca baik pada hari ini.  Bahu kanan masih lagi berasa sengal, mungkin sebab tebang pokok di tempat kerja minggu lepas.

Sunday, January 9, 2011

Cahaya mataku

Jamiatul Noor Aisyah berumur 7 tahun, minggu lepas baru masuk tahun satu.  Jamiatul Noor Afifah masuk prasekolah sekolah yang sama.  Masing-masing tiada masalah untuk bersekolah tetapi hati ibu dan abah yang rasa khuatir anak-anak sukar untuk menyesuaikan diri untuk bersekolah.  Alhamdulillah semuanya ok.  semoga kedua-dua cahaya mataku ini berjaya dalam pelajaran dan menjadi manusia yang berguna kepada bangsa dan negara, berjaya di dunia dan akhirat. Amin.

Wednesday, January 5, 2011

Separate parents

Terdapat masalah yang timbul dalam kekeluargaan pada masa sekarang.  Selain dari kes dera dan penceraian terdapat juga satu kes iaitu keluarga terpisah.   Bukan bercerai tetapi si suami bekerja di tempat lain dan si isteri pula bekerja di tempat lain.  Menunggu proses pertukaran tempat kerja masih tiada kesudahan.

Bilangan pasangan yang terpisah ini semakin meningkat dari hari ke hari akibat tekanan ekonomi keluarga.  Pernah saya temui si suami bekerja sebagai pemandu pengangkutan awam di Kuala Lumpur manakala si isteri pula bekerja sebagai pendidik di Setiu Terengganu.  Si suami akan berada di sisi si isteri selang dua tiga minggu sekali.  Anak-anak di bawah jagaan si isteri.  Tanggung jawab yang berat diserahkan di atas bahu si isteri.  Dan juga menjadi tekanan kepada si isteri.  Di pagi hari perlu menghantar anak-anak ke sekolah dan tempat ashan kanak-kanak dan terus bekerja.  Mengurus dari A hingga Z keperluan anak-anak, dan si suami hanya mengeluarkan duit poket sebagai belanja.  Tanggung jawab sebagai ayah masih pada tahap minima.

Alangkah baiknya jika ada akta perundangan keluarga yang mengarahkan si ayah untuk berpindah tempat bertugas samada syarikat swasta, GLC mahupun kerajaan ke tempat kerja yang berhampiran tempat kerja si isteri dan sebaliknya.  Demi kepentingan masa depan anak-anak yang perlu didikan kedua-dua ibubapa mereka.  Mereka seharusnya hidup dalam suasana yang kurang tertekan dari pengalaman ibu mereka yang berdikari seorang diri dan tidak melihat seorang lelaki yang bernama ayah hanya muncul sekali-sekala dan pada hari perayaan sahaja.  Ianya seperti mendidik si anak kepada kurang kepertanggungjawaban kepada ahli keluarganya kelak.

Gejala sumbang juga mudah berlaku jika pasangan tinggal berjauhan.  Masing-masing perlukan nikmat berumahtangga dan jika terdapat anasir lain yang masuk ke dalam hubungan itu, maka hubungan itu mudah retak.  Suami yang sudah berumah tangga biasanya lebih romantis berbanding lelaki bujang dan akan menjadi tumpuan kepada wanita yang bekerja di samping beliau.  Dan jika kedua-duanya terlalu rapat maka terjadilah kes suami orang mengajak anak dara berkahwin.  Jika si wanita ini tidak tahu si lelaki ini sudah beristeri maka terjadilah pembohongan.  Amat mudah si lelaki mengaku bujang, sebab ia berada di tempat asing dari isteri beliau.

Diharap perkara ini dapat dipantau demi kebaikan kaum hawa di negara ini.  Sekian.

Monday, January 3, 2011

pindah rumah

dua hari lepas pindah rumah. penat. janji rumah lebih dekat dengan tempat kerja dan internet kami lebih baik.