Friday, January 21, 2011

Bicara Ilmu di Masjid Al Barokah Kg Cherang Cina.

        Ceramah oleh Ustaz Mahmud bin Mat: Hari jumaat yang mulia ini kami menghadirkan diri di masjid di Kampung Batu 14.  Di dalam majlis ini al ustaz menjelaskan terdapat para malaikat yang turut sama menghadiri majlis ilmu dan berada di antara hadirin yang datang.  Beliau juga menyatakan tanda stress di dalam majlis ilmu ialah kerap ke tandas.
        Beliau yang telah berada dalam bidang pendidikan menerangkan bagaimana meningkatkan ilmu;  menghadiri majlis ilmu.  Ukuran boleh dilihat dari segi emosi; 1) mudah marah: cara atasi ialah ambil air sembahyang, sembahyang atau tidur. 2) bercakap perkara yang tak berfaedah: dari Malik bin Dinar tanda oran yang bercakap perkara yang tak berfaedah i) hati yang keras ii) berat melakukan sembahyang iii) ekonomi yang sentiasa tak baik.  3) Berbelanja pada bukan tempatnya 4) suka bercakap keburukan orang lain 5) percaya kepada semua orang 6) tidak kenal siapa kawan siapa kawan.
        Jika terdapat sifat-sifat di atas maka wajib untuk seseorang itu menuntut ilmu.  Ilmu perlu difokuskan kepada ilmu Allah SWT.  Pada akhir zaman ini terdapat umat yang beriman pada waktu pagi dan kafir pada waktu petangnya pula kerana umat ini tidak suka pada ulama dan fukaha.  Dari Abu Dzar menjelaskan hidup bersandarkan ilmu lebih baik dari tidak ada ilmu apabila ada orang yang tidak mahu menuntut ilmu kerana takut dipersoal oleh Allah kerana tidak menggunakan ilmunya.  Ilmu adalah imam kepada amal, amal menunjukkan peribadi dan perbuatan.
         Di dalam kehidupan ambil lumrah pokok, lagi lama hidup maka lagi dalam akar tunjangnya.  Juga ilmu umpama akar pokok.  Semakin meningkat umur maka perlu makin banyak ilmunya.

Sekian, seperti yang fahami dari ceramah beliau.

Saturday, January 15, 2011

unpacking

Hari ini isteri kesayangan saya buka semua kotak yang berisi pakaian.  Bertimbun tengah ruang tamu.  Kerja untuk malam ini.  Siang hari tadi pasang piring astro.  Nasib baik cuaca baik pada hari ini.  Bahu kanan masih lagi berasa sengal, mungkin sebab tebang pokok di tempat kerja minggu lepas.

Sunday, January 9, 2011

Cahaya mataku

Jamiatul Noor Aisyah berumur 7 tahun, minggu lepas baru masuk tahun satu.  Jamiatul Noor Afifah masuk prasekolah sekolah yang sama.  Masing-masing tiada masalah untuk bersekolah tetapi hati ibu dan abah yang rasa khuatir anak-anak sukar untuk menyesuaikan diri untuk bersekolah.  Alhamdulillah semuanya ok.  semoga kedua-dua cahaya mataku ini berjaya dalam pelajaran dan menjadi manusia yang berguna kepada bangsa dan negara, berjaya di dunia dan akhirat. Amin.

Wednesday, January 5, 2011

Separate parents

Terdapat masalah yang timbul dalam kekeluargaan pada masa sekarang.  Selain dari kes dera dan penceraian terdapat juga satu kes iaitu keluarga terpisah.   Bukan bercerai tetapi si suami bekerja di tempat lain dan si isteri pula bekerja di tempat lain.  Menunggu proses pertukaran tempat kerja masih tiada kesudahan.

Bilangan pasangan yang terpisah ini semakin meningkat dari hari ke hari akibat tekanan ekonomi keluarga.  Pernah saya temui si suami bekerja sebagai pemandu pengangkutan awam di Kuala Lumpur manakala si isteri pula bekerja sebagai pendidik di Setiu Terengganu.  Si suami akan berada di sisi si isteri selang dua tiga minggu sekali.  Anak-anak di bawah jagaan si isteri.  Tanggung jawab yang berat diserahkan di atas bahu si isteri.  Dan juga menjadi tekanan kepada si isteri.  Di pagi hari perlu menghantar anak-anak ke sekolah dan tempat ashan kanak-kanak dan terus bekerja.  Mengurus dari A hingga Z keperluan anak-anak, dan si suami hanya mengeluarkan duit poket sebagai belanja.  Tanggung jawab sebagai ayah masih pada tahap minima.

Alangkah baiknya jika ada akta perundangan keluarga yang mengarahkan si ayah untuk berpindah tempat bertugas samada syarikat swasta, GLC mahupun kerajaan ke tempat kerja yang berhampiran tempat kerja si isteri dan sebaliknya.  Demi kepentingan masa depan anak-anak yang perlu didikan kedua-dua ibubapa mereka.  Mereka seharusnya hidup dalam suasana yang kurang tertekan dari pengalaman ibu mereka yang berdikari seorang diri dan tidak melihat seorang lelaki yang bernama ayah hanya muncul sekali-sekala dan pada hari perayaan sahaja.  Ianya seperti mendidik si anak kepada kurang kepertanggungjawaban kepada ahli keluarganya kelak.

Gejala sumbang juga mudah berlaku jika pasangan tinggal berjauhan.  Masing-masing perlukan nikmat berumahtangga dan jika terdapat anasir lain yang masuk ke dalam hubungan itu, maka hubungan itu mudah retak.  Suami yang sudah berumah tangga biasanya lebih romantis berbanding lelaki bujang dan akan menjadi tumpuan kepada wanita yang bekerja di samping beliau.  Dan jika kedua-duanya terlalu rapat maka terjadilah kes suami orang mengajak anak dara berkahwin.  Jika si wanita ini tidak tahu si lelaki ini sudah beristeri maka terjadilah pembohongan.  Amat mudah si lelaki mengaku bujang, sebab ia berada di tempat asing dari isteri beliau.

Diharap perkara ini dapat dipantau demi kebaikan kaum hawa di negara ini.  Sekian.

Monday, January 3, 2011

pindah rumah

dua hari lepas pindah rumah. penat. janji rumah lebih dekat dengan tempat kerja dan internet kami lebih baik.