Thursday, March 29, 2012


Terjemahan hadith

Diriwayatkan daripada Umar r.a. katanya, " Pada suatu hari, ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w., tiba-tiba datang seorang lelaki yang sangat putih pakaiannya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya kesan perjalanan jauh, dan tiada seorang pun daripada kami yang mengenalinya, akhirnya dia duduk di hadapan Nabi s.a.w., lalu dia melagakan kedua-dua lututnya pada lutut Nabi s.a.w. dan meletakkan kedua-dua tapak tangannya di atas pahanya, kemudian bertanya, Wahai Muhammad! Beritahu kepadaku tentang Islam." Rasulullah s.a.w. menjawab, "Islam itu ialah; hendaklah engkau bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah, dan hendaklah engkau mendirikan solat, dan hendaklah engkau menunaikan zakat, dan hendaklah engkau berpuasa pada bulan Ramadhan, dan hendaklah engkau mengerjakan haji di Baitullah, sekiranya engkau berupaya pergi untuk melaksanakannya." Lelaki itu berkata, "Benar tuan!" Kami semua berasa hairan, dia bertanya, kemudian dia pula yang membenarkannya. Lelaki itu bertanya lagi, "Beritahu kepadaku tentang iman." Rasulullah s.a.w. menjawab, "Iman itu ialah hendaklah engkau beriman kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan Hari Akhirat, dan hendaklah engkau beriman kepada takdir, baik dan jahat semuanya dari Allah." Lelaki itu berkata, "Benar tuan!" Dia bertanya lagi,"Beritahulah kepadaku tentang ihsa." Rasulullah s.a.w. bersabda, "Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya.  Jika engkau tidak boleh melihat-Nya, maka sesungguhnya Allah melihat engkau." Lelaki itu bertanya lagi, "Beritahu kepadaku tentang Hari Akhirat!" Rasulullah s.a.w. menjawab, "Orang yang ditanya kiamat itu tidak lebih mengetahui dari pada orang yang bertanya.” Lelaki itu bertanya lagi, “Beritahulah kepadaku tentang tanda-tandanya.” Sabda Rasulullah s.a.w. , “Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya, dan apabila engkau melihat orang yang sebelumnya tidak berkasut, hidup bogel, papa kedana, mengembala kambing, kini bermegah-megah dengan mendirikan bangunan tinggi.” Lelaki itu pun kemudian pergi.  Aku terdiam agak lama. Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya, “Wahai Umar tahukah engkau siapakah orang yang bertanya itu?” Aku menjawab, “Allah dan Rasul-Nya jua lebih mengetahui.” Sabda Rasulullah s.a.w., “Sesungguhnya itulah Jibril, dia dating kepada kamu untuk mengajar agama kepada kamu.”

Riwayat Muslim.