Friday, May 13, 2011

Awal pagi

Sejak akhir-akhir ni tak boleh lelapkan mata setelah terjaga dari tidur.  Makanya oleh kerana hari pun masih gelap dan aktiviti amat terbatas, ke blog ni jugalah tempat melayan mata yang degil tak mahu tidur.  Sebab jika dah dekat waktu subuh kalau tidur balik akan berterusanlah hingga matahari terbit, maka menunggulah aku di depan monitor ini.
Rumah sekarang memang kurang berkesan melepashan hawa panas dari dalam rumah.  Hingga waktu pagi masih membahang lagi.  Kalau dibuka tingkap ramailah pulak serangga menghisap darah yang berterbangan masuk.  Tapi memang nyaman di luar sana.  Untuk kepada sesiapa yang ingin terapi fizikal amat sesuai dilakukan pada waktu ini.  Aku telah pun melihat hasilnya di Kedah.  Ada seorang pesakit strok, dari berjalan setapak demi setapak sehingga boleh berjalan dengan normal.  Sambil pakai baju T dan kain pelikat sahaja.
Rumah batu yang dibuat dari bata merah adalah lebih sejuk berbanding dengan batta putih.  Mungkin kandungan tanah liat di dalamnya berbanding pasir dalam bata putih.  Rumah aku di Kedah pun guna batu merah. Rumah keluarga aku di Sungkai pun guna bata merah.  Memang lebih sejuk.  Patut semua kontraktor guna bata yang sama, taklah menggelupur penghuni rumah pada malam hari tak selera nak tidur.
Lain pula kalau tetap panas pada waktu malam berbulan-bulan lamanya.  Ia bermaksud bila hujan turun ia akan turun mencurah-curah dan boleh menyebabkan banjir seperti yang pernah berlaku di Jitra Kedah.
Azan dah berbunyi menandakan waktu menulis diakhiri.

No comments:

Post a Comment